Tentang Kami

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

Jumaat, 20 Ogos 2010

Syarat-syarat dan Kriteria Kelayakan Bantuan Kebajikan JKM

Bantuan Kanak-kanak(BKK)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
RM100 sebulan seorang.
Maksimum RM450 sebulan sekeluarga melebihi empat
(4) orang kanak-kanak.
*Tempoh bantuan : 12 bulan

  1. Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak (kanak-kanak).
  2. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
  3. Kanak-kanak berumur persekolahan, perlu meneruskan persekolahan.
  4. Kanak-kanak yatim/yatim piatu.
  5. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa/penjaga yang tidak Memastikan keluarga miskin dan ibu tunggal terus menyara anak-anak dalam satu keluarga.berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, cacat, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.
  1. Bantuan Orang Tua (BOT)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
RM300 sebulan seorang
*Tempoh bantuan : 12 bulan
Saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan
supaya terus tinggal dalam
komuniti.
  1. Warga emas berumur 60 tahun ke atas.
  2. Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup.
  3. Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.
  1. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
RM300 sebulan seorang
*Tempoh bantuan : 12 bulan
Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Membantu menampung keperluan hidup seharian dan meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat.
  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyaraka.
  2. Bekerja sendiri atau dengan majikan.
  3. Pendapatan tidak melebihi RM1,200 sebulan.
  4. Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.
  1. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
RM150 sebulan seorang
*Tempoh bantuan : 12 bulan
Membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja.
Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja.
Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan.
  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  2. Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain.
  3. OKU berdaftar dengan JKM.
  4. Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan.
  5. Berumur antara 18 – 59 tahun.
  6. Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada.
  7. Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan.
  8. Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.
  1. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik (BPT)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
RM300 sebulan seorang
*Tempoh bantuan : 6 bulan
Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga.
Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan Pesakit Kronik terlantar.
Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat.
Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan.
Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga.
  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU / Pesakit Kronik.
  3. Sedang memberi jagaan kepada ahli keluarga yang OKU / Pesakit Kronik sepenuh masa.
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  5. Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.
  1. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
RM250 sebulan bagi
seorang kanak-kanak.
Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.
*Tempoh bantuan : 12 bulan
Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga ganti.
Meringankan tanggungan keluarga ganti yang sanggup menjaga anak-anak pelihara sebagai anak sendiri.
  1. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibubapa.
  3. Kanak-kanak tinggal bersama-sama dengan keluarga ganti.
  4. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  5. Kanak-kanak yang diambil dari ”Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.
* Had pendapatan keluarga pelihara tidak ditetapkan
  1. Bantuan Am (BA)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
Min:-
RM80.00 sebulan seorang
Maks:-
RM350.00 sebulan sekeluarga
*Tempoh bantuan : 12 bulan
Memberi bantuan kepada kumpulan sasar Jabatan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan untuk meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga suatu jangka masa mereka dapat berdikari
  1. Pendapatan sebulan di bawah PGK semasa
  2. OKU yang memerlukan
  3. Orang terdampar
  4. Orang papa
  5. Kes wanita dan gadis dan sebagainya
  6. Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan 
(faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga).
  1. Geran Pelancaran (GP)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
Maksima RM2,700 sekaligus
Membantu klien JKM yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dengan menceburi bidang perusahaan, pertanian atau perniagaan kecil.
Membolehkan klien JKM menjadi lebih produktif dan berusaha ke arah hidup berdikari serta meningkatkan taraf hidup mereka.
  1. Penerima bantuan bulanan JKM yang berupaya mengusahakan sesuatu projek misalnya ibu tunggal atau anak-anak mereka.
  2. Orang Kurang Upaya (OKU).
  3. Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan.
  1. Bantuan Bencana (BB)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
Sehingga RM5,000 maksimum
sekaligus
Jangka Pendek: Memberi bantuan segera di pusat pemindahan seperti tikar, selimut, makanan kering dan set kit bencana.
Jangka Panjang: Memberi bantuan pemulihan bagi memulakan kehidupan selepas bencana berupa bantuan kewangan kerana kerosakan harta benda.
Mangsa bencana dari golongan miskin.
  1. Bantu an Alat Tiruan /Alat Sokongan (BAT/S)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
Kadar sebenar alat
tiruan
Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, calipers, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.
  1. OKU yang berdaftar dengan JKM.
  2. Had siling pendapatan isi rumah tidak melebihi RM700 sebulan
  3. Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
  1. Elaun Latihan Apperantis (ELA)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
RM200.00 sebulan seorang
Membantu belia/beliawanis terutama  anak-anak penerima bantuan yang  tercicir daripada persekolahan, penganggur atau terdedah kepada  masalah sosial untuk mendapatkan  latihan kemahiran atau latihan sambil
bekerja.
  1. Anak-anak penerima bantuan kewangan bulanan JKM.
  2. Bekas pelatih institusi JKM.
  3. Kes seliaan akhlak JKM.
  1. Skim Bantuan Segera Persekutuan Bagi Kawasan Parlimen (BSKP)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
Kadar bantuan (maksimum):
  • Mangsa bencana = RM200
  • Kematian = RM200
  • Terdampar = RM200
  • Pesakit Kronik = RM500
  • Membaiki rumah akibat bencana alam = RM500
Membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan dengan segera.
  1. Golongan yang berkeperluan dan tidak berkemampuan
  2. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan
  1. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB)
Kadar
Tujuan
Syarat Kelayakan
  1. Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
  2. Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
Membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binantang buas.
Mangsa atau waris mangsa serangan
binatang buas yang telah dikategorikan  oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara seperti berikut:-
  • Gajah
  • Seladang
  • Babi Hutan
  • Beruang
  • Harimau
  • Ular Sawa
  • Ular-ular Berbisa
  • Primat (Beruk, Kera Siamang, Ungka, Lotong & Kongkang)
  • Buaya

Tiada ulasan: