Tentang Kami

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

Khamis, 19 Ogos 2010

Orang Kurang Upaya (OKU)

OKU adalah seseorang yang ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat. Pembangunan Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengadakan Akta Orang Kurang Upaya 2008. Pendekatan berasaskan hak atau ‘right- based’ dan perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. Akta ini memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.            

Dasar Orang Kurang Upaya

           Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian bagi membolehkan mereka hidup berdikari. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya. Mendidik dan meningkatkan kesedaraan masyarakat mengenai hak OKU. Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut:

1.      

1.      Advokasi
·         Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi Program yang berkesan.

2.      Aksesibiliti
·         Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free) termasuk    kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam.
·         Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mersa OKU.
·         Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan  komunikasi (ICT).

3.      Kesihatan
·         Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care)
·         Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU (secondary and tertiary care)

4.      Pemulihan
·         Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia ada bagi OKU.
·         Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras dengan perkembangan semasa.

5.      Pendidikan
·         Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat.

6.      Pekerjaan
·         Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memggalakkan pengajian OKU dalam semua sektor pekerjaan.
·         Menggalakkan OKU bekerja sendiri (self- employed) dan berdikari.

7.      Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial
·         Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan.
·         Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak dan berkeperluan.

8.      Perkhidmatan Sokongan
·         Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
·         Mengalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU yang mampu milik.

9.      Sosial
·         Meningkatan kemudahan dan menggalakan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial.

10.  Pembangunan Sumber Manusia
·         Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU.
·         Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OKU.
·         Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat keputusan.


11.  Penglibatan Masyarakat
·         Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program OKU.
·         Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektordan multidisiplin.
·         Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat.


12.  Penyelidikan dan Pembangunan
·         Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.
·         Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program OKU.

13.  Perumahan
·         Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan persekitaran.
·         Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah.

14.  Kanak-kanak OKU
·         Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.

15.  Wanita OKU
·         Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.



Kemudahan Pendidikan Dan Aktiviti Harian 

               Jabatan Kebajikan Masyarakat mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai kemudahan bagi membolehkan OKU bergerak bebas. “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke bangunan Awam” dirangka bagi menwajibkan bangunan baru mempunyai kemudahan akses kepada OKU. Antaranya termasuklah laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya

             Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pelbagai program untuk menjaga, membantu dan menyediakan kemudahan untuk membolehkan OKU menjalani yang normal kehidupan. Mengadakan bantuan alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kaki palsu, tangan palsu, kalipers, kerusi roda , alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya OKU yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan. Usaha telah diambil untuk menyediakan lebih banyak kemudahan mesra orang kurang upaya seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemudahan bebas dari halangan.

Kemudahan Elaun Pekerja Kurang Upaya

Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengadakan Elaun Pekerja Cacat (EPC). Elaun insentif kepada OKU yang bekerja dan berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bagi individu untuk menggalakkan mereka berminat bekerja. Skim ini bertujuan menggalakkan OKU berdikari dan penyenggaraan pendapatan dapat memenuhi keperluan asas kehidupan OKU dan  tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. OKU yang bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif  dan untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.

Kemudahan-kemudahan lain                       
                                                                                
           Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan faedah seperti pemeriksaan kesihatan, pemberian ubat dan kemudahan wad di hospital kerajaan secara percuma, potongan tambang perjalanan, pengecualian cukai jalan, dokumen perjalanan percuma, tambahan pelepasan cukai pendapatan, potongan duti eksais bagi pembelian kenderaan nasional dan potongan harga bagi pembelian rumah kos rendah. Latihan pemulihan seperti latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama, rekreasi dan aktiviti luar diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk.

Perkhidmatan kepada Keluarga

Objektif  - Meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan keluarga serta ahli-ahlinya yang berkeperluan dan bermasalah

Kumpulan Sasar
Ahli keluarga yang mengalami masalah iaitu: individu yang bermasalah, suami-isteri yang menghadapi masalah kekeluargaan dan keluarga yang menghadapi permasalahan anak.

Perkhidmatan: 

JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) bertanggungjawab melindungi semua ahli dalam sebuah keluarga melalui Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 daripada aspek keganasan dan penderaan. Berbagai kemudahan dan program pencegahan termasuk bimbingan dan kaunseling keluarga diadakan untuk membantu serta mengukuhkan integrasi keluarga sebagai unit sosial yang penting dalam komuniti.
                                                                                                                        
Wanita dan gadis, golongan ibu bapa tunggal, orang miskin dan mereka yang bermasalah akan diberikan bantuan yang sewajarnya seperti perlindungan dan pemulihan di Institusi Kebajikan atau bantuan kewangan.Program pemulihan jangka pendek turut disediakan kepada keluarga yang berkerperluan dan kurang bernasib baik.

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

Objektif - Memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga, membantu mangsa mendapatkan perlindungan bagi dirinya mengambil tindakan undang-undang.

Definasi
  1. Segaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal.
  2. Mencederakan mangsa secara fizikal.
  3. Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak tiada melakukanya.
  4. Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
  5. Khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.
Peranan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Berdasarkan Akta Keganasan Rumah Tangga, Jabatan Kebajijan Masyarakat bertanggungjawab mengendalikan kes keganasan rumah tangga dengan memberi perkhidmatan:

·         Mengurus dan mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO)
·         Perintah Pelindungan (PO) daripada mahkamah
·         Menyediakan Tempat Perlindungan
·         Memberi Khidmat Kaunseling
·         Membuat seliaan kes / rujuk ke agensi lain

Proses Tindakan 

Pengaduan dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Pegawai Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab membawa mangsa ke Hospital untuk rawatan dan kemudian ke Balai Polis berhampiran. Jika kecederaan adalah parah, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan membantu memohon Perintah Perlindungan Sementara dari Mahkamah Majistret jika didapati mangsa terus terancam. Jika mangsa memilih untuk berpindah rumah atau keluar dari rumah suaminya, perlindungan sementara boleh dipohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Perlindungan
Perintah Perlindungan Interim (IPO)
Apabila suatu maklumat berhubung dgn kesalahan keganasan rumahtangga di terima secara terus oleh Polis melalui Pegawai Kebajikan, maka Perintah Perlindungan Interim (IPO) boleh dikeluarkan oleh Mahkamah sementara menunggu pihak polis menjalankan penyiasatan mengenai kesalahan keganasan rumah tangga.IPO hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah pihak polis selesai menjalankan penyiasatan.

Perintah Perlindungan (PO)
Perintah Perlindungan (PO) dikeluarkan oleh Mahkamah dlm prosiding dengan suatu aduan yang melibatkan keadaan yang termasuk dalam takrif “ keganasan rumah tangga. Perintah perlindungan berkuatkuasa selama tempoh tidak melebihi 12 bulan dari tarikh mula berkuatkuasanya perintah itu.






Program Pemulihan Jangka Pendek

1. Bantuan Terkandas    

  • Orang yang terkandas kerana kehilangan wang disebabkan kecurian perjalanan
  • Bantuan adalah berbentuk bayaran kos pengangkutan yang minima untuk balik ke destinasi/tempat asal dan elaun makanan.

2. Bantuan Pengangkutan Jenazah dan Pengkebumian

  • Orang yang tidak berkemampuan khasnya dari luar bandar yang menghadapi kematian di hospital.
  • Bantuan Pengangkutan Pengkebumian mayat dengan kadar RM100.00 (maksima).