Tentang Kami

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

Jumaat, 20 Ogos 2010

Bencana
Bencana didefinisikan sebagai sesuatu kejadian yang berlaku secara tiba-tiba dan bersifat kompleks. Kejadian ini akan menyebabkan kecederaan dan pengorbanan nyawa, kerosakan harta benda, kemusnahan alam sekita serta menjejaskan kehidupan harian masyarakat setempat. Contoh bencana yang pernah melanda Malaysia ialah Ribut Tropika "Greg" yang
melanda Pantai Barat Sabah pada 26 Disember 1996 di mana lebih daripada 200 orang terkorban dan 4,925 buah rumah musnah, kejadian Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 dan kejadian banjir besar meliputi seluruh negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada Disember 2006. Bencana berlaku akan melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda. Oleh itu, pengendalian diperlukan iaitu melibatkan sumber makanan, air, pakaian, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang luas liputannya daripada pelbagai pihak serta penyelarasan yang berkesan. Pemulihan berkemungkinan mengambil masa yang panjang dan melibatkan tindakan yang kompleks.

Tahap-tahap pengurusan bencana dibahagi kepada tiga tahap. Bagi Bencana Tahap 1, kesannya tidak akan menjejaskan aktiviti penduduk setempat secara meluas kerana kejadian adalah terkawal dan tidak akan merebak. Ianya tidak begitu kompleks and mungkin hanya melibatkan kehilangan harta benda dan pengorbanan nyawa yang sedikit. Pihak Berkuasa di peringat Daerah berkemampuan mengawal dan mengatasi kejadian ini melalui agensi-agensi di Peringkat Daerah tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Dalam Bencana Tahap 2, ia akan mengakibatkan menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat secara meluas atau melebihi dua daerah kerana kejadian adalah serius dan tidak terkawal serta berpotensi merebak. Ianya memusnahkan infrastruktur dan menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda yang banyak. Kejadiannya adalah lebih kompleks daripada Tahap 1 dan menyulitkan kerja pencarian dan penyelamatan. Dalam tahap ini, Pihak Berkuasa di peringkat Negeri bertanggungjawab atas pengurusan bencana tersebut tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Bagi Bencana Tahap 3, ia merupakan kejadian paling serius yang berpunca daripada Bencana Tahap 2. Kawasan yang terlibat adalah melebihi dua buah negeri dan bersifat sangat kompleks. Kejadian ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Pusat. Bantuan dari luar negara mungkin diperlukan.



Peranan dan Tanggungjawab JKM di dalam Pengurusan Bencana
Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu anggota dalam Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara. JKM memainkan peranan penting dalam kerja-kerja penyaluran bantuan dan pemulihan mangsa-mangsa bencana. Seperti yang dinyatakan dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20, JKM mempunyai empat tanggungjawab utama iaitu menyedia dan menyelenggarakan pusat-pusat pemindahan, membuat persediaan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan, menjalankan pendaftaran ke atas mangsa untuk tujuan pemulihan semula mangsa bencana dan memberi bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada mangsa-mangsa.
(tempat letak gambar ttg pusat pemindahan)

Bilik Gerakan Bencana peringkat Ibu Pejabat JKM adalah sentiasa beroperasi. Ketika Bencana Tahap 3 (negara) diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara, ia akan beroperasi dalam 24 jam. Laporan status terkini tentang kejadian bencana tersebut akan dilaporkan setiap 2 jam sekali sehingga Bilik Gerakan ditutup.
Bantuan Jangka Pendek yang disediakan oleh JKM adalah makanan kering, tikar, selimut dan set kit bencana disalurkan segera kepada mangsa-mangsa bencana di pusat pemindahan. JKM sentiasa berusaha untuk meningkatkan keselesaannya untuk menempatkan mangsa-mangsa bencana. Agensi-agensi Kerajaan menguruskan pusat-pusat pemindahan dalam kerja-kerja memasak, menjaga kebersihan, keselamatan dan aktiviti lain. Terdapat juga di kalangan sektor swasta dan NGO yang menyumbang barangan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. JKM merupakan agensi yang terlibat dalam menerima sumbangan-sumbangan ini bagi membolehkan pengagihan dibuat dengan sama rata kepada mangsa.
Bagi permintaan untuk Bantuan Jangka Panjang, mangsa perlu membuat permohonan selepas bencana tersebut berakhir. Dalam 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima, keputusan Bantuan Janka Panjang untuk pemulihan keluarga mangsa akan dimaklumkan.
Perkhidmatan kaunseling dan psikologi bagi mangsa bencana juga disediakan. Keputusan tentang permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

Tiada ulasan: