OKU adalah seseorang yang ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat. Pembangunan Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengadakan Akta Orang Kurang Upaya 2008. Pendekatan berasaskan hak atau ‘right- based’ dan perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. Akta ini memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.
Dasar Orang Kurang Upaya
Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian bagi membolehkan mereka hidup berdikari. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya. Mendidik dan meningkatkan kesedaraan masyarakat mengenai hak OKU. Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut:
1.
1. Advokasi
· Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi Program yang berkesan.
2. Aksesibiliti
· Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam.
· Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mersa OKU.
· Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
3. Kesihatan
· Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care)
· Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU (secondary and tertiary care)
4. Pemulihan
· Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia ada bagi OKU.
· Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras dengan perkembangan semasa.
5. Pendidikan
· Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat.
6. Pekerjaan
· Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memggalakkan pengajian OKU dalam semua sektor pekerjaan.
· Menggalakkan OKU bekerja sendiri (self- employed) dan berdikari.
7. Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial
· Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan.
· Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak dan berkeperluan.
8. Perkhidmatan Sokongan
· Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
· Mengalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU yang mampu milik.
9. Sosial
· Meningkatan kemudahan dan menggalakan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial.
10. Pembangunan Sumber Manusia
· Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU.
· Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OKU.
· Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat keputusan.
11. Penglibatan Masyarakat
· Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program OKU.
· Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektordan multidisiplin.
· Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat.
12. Penyelidikan dan Pembangunan
· Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.
· Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program OKU.
13. Perumahan
· Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan persekitaran.
· Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah.
14. Kanak-kanak OKU
· Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.
15. Wanita OKU
· Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.
Kemudahan Pendidikan Dan Aktiviti Harian
Jabatan Kebajikan Masyarakat mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai kemudahan bagi membolehkan OKU bergerak bebas. “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke bangunan Awam” dirangka bagi menwajibkan bangunan baru mempunyai kemudahan akses kepada OKU. Antaranya termasuklah laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.
Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pelbagai program untuk menjaga, membantu dan menyediakan kemudahan untuk membolehkan OKU menjalani yang normal kehidupan. Mengadakan bantuan alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kaki palsu, tangan palsu, kalipers, kerusi roda , alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya OKU yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan. Usaha telah diambil untuk menyediakan lebih banyak kemudahan mesra orang kurang upaya seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemudahan bebas dari halangan.
Kemudahan Elaun Pekerja Kurang Upaya
Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengadakan Elaun Pekerja Cacat (EPC). Elaun insentif kepada OKU yang bekerja dan berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bagi individu untuk menggalakkan mereka berminat bekerja. Skim ini bertujuan menggalakkan OKU berdikari dan penyenggaraan pendapatan dapat memenuhi keperluan asas kehidupan OKU dan tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. OKU yang bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif dan untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
Kemudahan-kemudahan lain
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan faedah seperti pemeriksaan kesihatan, pemberian ubat dan kemudahan wad di hospital kerajaan secara percuma, potongan tambang perjalanan, pengecualian cukai jalan, dokumen perjalanan percuma, tambahan pelepasan cukai pendapatan, potongan duti eksais bagi pembelian kenderaan nasional dan potongan harga bagi pembelian rumah kos rendah. Latihan pemulihan seperti latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama, rekreasi dan aktiviti luar diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan