Tentang Kami

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

Rabu, 18 Ogos 2010

Perkhidmatan kepada Keluarga
Objektif  - Meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan keluarga serta ahli-ahlinya yang berkeperluan dan bermasalah
Kumpulan Sasar
Ahli keluarga yang mengalami masalah iaitu: individu yang bermasalah, suami-isteri yang menghadapi masalah kekeluargaan dan keluarga yang menghadapi permasalahan anak.


Perkhidmatan: 

JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) bertanggungjawab melindungi semua ahli dalam sebuah keluarga melalui Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 daripada aspek keganasan dan penderaan. Berbagai kemudahan dan program pencegahan termasuk bimbingan dan kaunseling keluarga diadakan untuk membantu serta mengukuhkan integrasi keluarga sebagai unit sosial yang penting dalam komuniti.
                                                                                                                        
Wanita dan gadis, golongan ibu bapa tunggal, orang miskin dan mereka yang bermasalah akan diberikan bantuan yang sewajarnya seperti perlindungan dan pemulihan di Institusi Kebajikan atau bantuan kewangan.Program pemulihan jangka pendek turut disediakan kepada keluarga yang berkerperluan dan kurang bernasib baik.
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
Objektif - Memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga, membantu mangsa mendapatkan perlindungan bagi dirinya mengambil tindakan undang-undang.
Definasi
  1. Segaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal.
  2. Mencederakan mangsa secara fizikal.
  3. Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak tiada melakukanya.
  4. Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
  5. Khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.
Peranan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Berdasarkan Akta Keganasan Rumah Tangga, Jabatan Kebajijan Masyarakat bertanggungjawab mengendalikan kes keganasan rumah tangga dengan memberi perkhidmatan:
·         Mengurus dan mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO)
·         Perintah Pelindungan (PO) daripada mahkamah
·         Menyediakan Tempat Perlindungan
·         Memberi Khidmat Kaunseling
·         Membuat seliaan kes / rujuk ke agensi lain
Proses Tindakan
Pengaduan dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Pegawai Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab membawa mangsa ke Hospital untuk rawatan dan kemudian ke Balai Polis berhampiran. Jika kecederaan adalah parah, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan membantu memohon Perintah Perlindungan Sementara dari Mahkamah Majistret jika didapati mangsa terus terancam. Jika mangsa memilih untuk berpindah rumah atau keluar dari rumah suaminya, perlindungan sementara boleh dipohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
Perlindungan
Perintah Perlindungan Interim (IPO)
Apabila suatu maklumat berhubung dgn kesalahan keganasan rumahtangga di terima secara terus oleh Polis melalui Pegawai Kebajikan, maka Perintah Perlindungan Interim (IPO) boleh dikeluarkan oleh Mahkamah sementara menunggu pihak polis menjalankan penyiasatan mengenai kesalahan keganasan rumah tangga.IPO hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah pihak polis selesai menjalankan penyiasatan
Perintah Perlindungan (PO)
Perintah Perlindungan (PO) dikeluarkan oleh Mahkamah dlm prosiding dengan suatu aduan yang melibatkan keadaan yang termasuk dalam takrif “ keganasan rumah tangga. Perintah perlindungan berkuatkuasa selama tempoh tidak melebihi 12 bulan dari tarikh mula berkuatkuasanya perintah itu.

Tiada ulasan: