Tentang Kami

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

Rabu, 18 Ogos 2010

Perkhidmatan kanak-kanak

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting, yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia . Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak.

Sehubungan ini, kerajaan telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak pada 17 Februari 1995. Konvensyen ini memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada aspek kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan. Kerajaan amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara masa hadapan.

Kanak-kanak didefinasikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun yang memerlukan jagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemuliharaan mengikut takrifan Akta Kanak-kanak 2001.Kanak-kanak dilindungi daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyiksaan, penderaan, diskriminasi dan ekploitasi. Di samping itu, penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan.

Maka, kerajaan akan memberi pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada semua jenis bahaya penganiayaan dan pengabaian samada dari segi fizikal, sosial, emosional dan mental.

Kerajaan telah memperkenalkan beberapa akta dan bantuan lain untuk memjamin hak kanak-kanak. Contohnya, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman. Tujuan kerajaan melakukan semua diatas adalah untuk memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak dengan melaksanakan Akta Kanak-Kanak 2001, melindungi kanak-kanak yang ditempatkan di taman-taman asuhan kanak-kanak(TASKA) swasta dengan menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan mengadakan program dan aktiviti kesedaran kanak-kanak.

Selain itu, peningkatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak yang berkualiti, mudah diperolehi dan mampu dibiayai dalam persekitaran yang kondusif bagi merangsang perkembangan optimum kanak-kanak. Justeru itu, meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat mengenai hak kesamarataan kanak-kanak daripada sebarang bentuk diskriminasi seperti memperkenalkan program yang sesuai bagi mencegah penganiayaan, pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Kerajaan juga harus meningkatkan latihan kepada semua pihak yang berurusan dengan kanak-kanak supaya mempunyai pengetahuan, kelayakan dan kemahiran yang mencukupi serta bersikap positif dalam pengendalian kes penganiayaan, pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Akta Kanak-Kanak 2001

Merupakan penggabungan tiga akta iaitu Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (AKK 2001), Akta Mahkamah Juvana 1947 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973. Akta Kanak-Kanak 2001 dikuatkuasakan perlaksanaannya pada 1 Ogos 2002. Penggubalan akta baru ini bertujuan untuk menyelaraskan sebarang pertindihan diantara ketiga-tiga akta tersebut.

Aspek-aspek yang diberikan penekanan ialah kehidupan, perlindungan, pembangunan, peranan dan tanggungjawab keluarga serta penyertaan masyarakat dalam pembangunan kanak-kanak. Akta ini juga prihatin dan peka kepada perspektif kanak-kanak bertujuan membentuk sahsiah kanak-kanak pada masa hadapan. Ianya merupakan satu usaha kerajaan untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih baik dan rapi bagi memelihara, melindung dan memulihkan kanak-kanak demi kesejahteraan mereka.

Selain itu, akta ini juga memberi perlindungan dan pemulihan luar institusi dan dalam institusi. Perlindungan dan pemulihan luar institusi akan melaksanakan skim-skim bantuan perlindungan kanak-kanak seperti bantuan kanak-kanak,bantuan anak pelihara dan bantuan sekolah. Bantuan kanak-kanak dan anak pelihara adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan seperti anak yatim, kanak-kanak yang mempunyai ibubapa tetapi tidak berkemampuan untuk menyara dan sebagainya. Dari segi bantuan sekolah pula, kerajaan akan memberi bantuan yuran pendidikan, yuran peperikasaaan,pakaian seragam dan lain-lain.

Bagi perlindungan dan pemulihan dalam institusi pula adalah Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sekolah Tunas Bakti dan Taman Seri Puteri. Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol telah disiap dibina pada April 1993. Objektif rumah ini adalah untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak serta menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat iaitu fizikal, mental dan emosi di dalam suasana persekitaran yang tenteram dan harmoni. Perkhidmatan yang disediakan adalah jagaan dan perlindungan supaya menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang seimbang sama ada dari segi jasmani dan rohani, memberi kaunseling kepada kanak-kanak untuk mengatasi masalah emosi dan psikologi, memberi peluang berpendidikan di sekolah, memberi latihan kemahiran asas seperti kelas jahitan, memberi didikan agama dan akhlak, aktiviti riadah serta memberi khidmat perubatan dan kesihatan yang rapi.


Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

Akta ini mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak. Mengikut seksyen 4, tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Definasi bagi akta ini adalah mana-mana premis di mana empat atau lebih kanak-kanak umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk dan dijaga dengan upah.

Jenis-jenis taman asuhan kanak-kanak adalah taman asuhan di rumah dan taman asuhan kanak-kanak di institusi. Taman asuhan di rumah adalah premis dimana kurang daripada 10 orang kanak-kanak di asuhan tersebut manakala taman asuhan kanak-kanakdi institusi adalah premis dimana lebih daripada 10 orang kanak-kanak.

Peranan pegawai kebajikan masyarakat adalah menerima permohonan dan menjalankan penyiasiatan apabila menerima kes tentang kanak-kanak. Selain itu, pegawai kebajikan juga perlu mendapat kerjasama daripada jabatan-jabatan berkenaan sperti Jabatan Tanah dan Jabatan kesihatan untuk menjalankan penyiasiatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran, pandangan dan kelulusan. Pegawai kebajikan masyakat harus melaksanakan tanggungjawab yang dipikul supaya hak kanak-kanak dilindungi.

Tiada ulasan: