Tentang Kami

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

Rabu, 18 Ogos 2010

PENGENALAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

APE ITU JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT?

Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah agensi perkhidmatan awam yang menyediakan perkhidmatan bagi individu, kelompok, dan komuniti. Dalam penglibatannya dengan masalah social dan persoalan kehidupan manusia, unsur-unsur nilai kerja kemasyarakatan merupakan factor utama menjadi pegangan setiap lapisan masyarakat sebagai penyampai, disamping menghayati serta menghormati martabat dan harga diri pelanggan yang berhak untuk menikmati kepuasan daripada perkhidmatan yang disediakan untuk mereka.


SEJARAH

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada tahun 1946. Dalam jangka masa 57 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan Negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat perang dunia kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu social serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan social, ia telah di tempatkan di bawah beberapa kementerian:

VISI, MISI DAN OBJEKTIF

Visi.
Masyarakat Sejahtera dan Penyayang
Misi.
Membangunkan Masyarakat kea rah kesejahteraan

OBJEKTIF
I. Memberi perlindungan pemulihan dan kepada kumpulan sasar jabatan
II. Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan.
III. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.
IV. Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan perkongsian tanggungjawab yang strategic





LOGO

Logo ini dicipta sebagai memenuhi aspirasi bangsa yang progresif dan membangun.Jesteru itu, keseimbangan yang berterusan antara infrastuktur dan pembangunan kebajikan dapat dicapai.
  • Bentuk hati - membanyangkan masa depan dan pemodenan jabatan serta pendayaupayaanyang maksimum dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan secara menyeluruh.
  •  Bulatan warna jingga – merupakan simbolik yang mewakili usaha kemanusiaan yang dijalankan dalam merealisasikan misi dan visi jabatan
  • Warna ungu – melambangkan sifat semulajadi jabatan yang proaktifdan dinamik selaku sebuah organisasi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga, Dan Masyarakat.
  • Warna- warna jalur seperti merah, putih, biru dan kuning – asas

Tiada ulasan: